Sunday, November 29, 2020

Loan Consolidation (Penyatuan Hutang)

Ramai di antara kita yang mempunyai lebih daripada satu hutang. Paling biasa dan terpaksa diambil oleh kebanyakan kita ialah hutang rumah dan hutang kereta. Hutang-hutang lain pula adalah hutang pinjaman pendidikan (contohnya PTPTN), hutang pinjaman peribadi, hutang beli perabut, hutang telifon bimbit, dan banyak lagi. 

Jika tidak berhutang, mungkin sampai bila-bilapun kita tidak dapat memiliki harta. Jika kita adalah rakyat marhaen biasa, manakan bisa dapat memiliki rumah sendiri tanpa berhutang, bukan? Keretapun begitu juga. Nak tak nak, terpaksa berhutang.

Jadi jangan rasa bersalah jika kita terpaksa berhutang. Tetapi, rasalah bersalah jika kita berhutang di luar kemampuan. Atau pun berhutang tetapi tak mahu bayar hutang. Ataupun berhutang keliling pinggang dan kemudiannya menyusahkan waris dan orang sekeliling kita.

Namun, apabila hutang sudah banyak, kita akan terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi. Katakan kereta RM700, rumah RM1,200 dan PTPTN RM100 sebulan. Hutang ini sahajapun sudah RM2,000 sebulan. Selain daripada hutang, kita juga perlu menyediakan perbelanjaan bulanan yang nak tak nak perlu dihadap, seperti makanan keluarga, bil utiliti (contohnya elektrik, air, telefon dan internet), duit minyak kereta, perbelanjaan sekolah anak, bayaran insuran dan sebagainya. Jika pendapatan bulanan keluarga kurang dari RM4,000, perkara ini sememangnya akan membebankan jika sesuatu tidak dilakukan segera.

Ada banyak cara untuk menambahbaik kedudukan kewangan keluarga. Antaranya ialah dengan menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Namun, dalam e-book ini saya mahu ketengahkan satu lagi cara yang ramai tidak tahu iaitu penyatuan pinjaman (loan consolidation). 

No comments:

Post a Comment

Hutang Baik dan Hutang Tidak Baik

Sebelum saya ulas tentang penyatuan hutang, saya mahu anda faham tentang jenis-jenis hutang dahulu. Ini kerana, pada asasnya berhutang adala...