Sunday, November 29, 2020

Hutang Baik dan Hutang Tidak Baik

Sebelum saya ulas tentang penyatuan hutang, saya mahu anda faham tentang jenis-jenis hutang dahulu. Ini kerana, pada asasnya berhutang adalah sesuatu yang perlu dielak jika boleh elak. Berhutanglah hanya untuk mendapat kebaikan daripadanya.

Ada dua jenis hutang yang utama; hutang baik dan hutang tidak (good debt & bad debt).

Hutang Baik

Hutang baik adalah hutang yang membawa kebaikan kepada kita. Ia memberikan tambahnilai kepada kita dan kehidupan masa depan kita. Ia juga disebut sebagai hutang yang menambahkan aset.

Aset ialah sesuatu yang kita miliki yang nilainya meningkat dari semasa ke semasa. 

 Contoh hutang baik ialah :
1. Pinjaman perumahan (kita dapat rumah dan nilai rumah meningkat saban tahun), 
2. Pinjaman pendidikan (kita jadi lebih cerdik dan dapat kerjaya yang memberikan pendapatan lebih tinggi) dan
3. Pinjaman untuk pelaburan (pinjaman untuk memulakan/ meningkatkan bisnes dan labur ke bidang yang lebih menguntungkan )

Hutang Tidak Baik

Hutang tidak baik ialah hutang yang tidak memberi tambahnilai kepada kehidupan kita. Adakalanya hutang jenis ini membawa kemudaratan, iaitu menjadi liabiliti kepada kita. 

Liabiliti bermaksud sesuatu yang kita tidak miliki akhirnya, ia susut nilai, malah ia memerlukan kita untuk mengeluarkan duit untuk terus menggunakannya.

Contoh hutang tidak baik ialah:
1. Pinjaman untuk pembelian kereta. Kereta adalah suatu keperluan namun ia adalah dalam kategori liabiliti kerana harganya akan berkurangan dari semasa ke semasa, dan untuk terus menggunakannya kita perlu keluarkan wang (untuk servis berkala, penyelenggaraan jika rosak, dan lain2).
2. Pembelian secara ansuran sesuatu servis atau produk untuk tujuan meningkatkan gaya dan keseronokan semata-mata (membeli telefon bimbit model terkini, set sofa baru atau membuat pinjaman untuk melancong).
3. Pinjaman peribadi untuk tujuan selain dari meningkatkan aset (pinjaman untuk perkahwinan, 

Loan Consolidation (Penyatuan Hutang)

Ramai di antara kita yang mempunyai lebih daripada satu hutang. Paling biasa dan terpaksa diambil oleh kebanyakan kita ialah hutang rumah dan hutang kereta. Hutang-hutang lain pula adalah hutang pinjaman pendidikan (contohnya PTPTN), hutang pinjaman peribadi, hutang beli perabut, hutang telifon bimbit, dan banyak lagi. 

Jika tidak berhutang, mungkin sampai bila-bilapun kita tidak dapat memiliki harta. Jika kita adalah rakyat marhaen biasa, manakan bisa dapat memiliki rumah sendiri tanpa berhutang, bukan? Keretapun begitu juga. Nak tak nak, terpaksa berhutang.

Jadi jangan rasa bersalah jika kita terpaksa berhutang. Tetapi, rasalah bersalah jika kita berhutang di luar kemampuan. Atau pun berhutang tetapi tak mahu bayar hutang. Ataupun berhutang keliling pinggang dan kemudiannya menyusahkan waris dan orang sekeliling kita.

Namun, apabila hutang sudah banyak, kita akan terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi. Katakan kereta RM700, rumah RM1,200 dan PTPTN RM100 sebulan. Hutang ini sahajapun sudah RM2,000 sebulan. Selain daripada hutang, kita juga perlu menyediakan perbelanjaan bulanan yang nak tak nak perlu dihadap, seperti makanan keluarga, bil utiliti (contohnya elektrik, air, telefon dan internet), duit minyak kereta, perbelanjaan sekolah anak, bayaran insuran dan sebagainya. Jika pendapatan bulanan keluarga kurang dari RM4,000, perkara ini sememangnya akan membebankan jika sesuatu tidak dilakukan segera.

Ada banyak cara untuk menambahbaik kedudukan kewangan keluarga. Antaranya ialah dengan menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Namun, dalam e-book ini saya mahu ketengahkan satu lagi cara yang ramai tidak tahu iaitu penyatuan pinjaman (loan consolidation). 

Hutang Baik dan Hutang Tidak Baik

Sebelum saya ulas tentang penyatuan hutang, saya mahu anda faham tentang jenis-jenis hutang dahulu. Ini kerana, pada asasnya berhutang adala...